Wednesday 23 May 2012

Cherating! Kali ini saya nak mengajak kawan- kawan, atok-atok, nenek-nenek dan adik- adik sekalian kita ke Negeri Terengganu yang mana kaya dengan pantainya. Ini adalah salah satu contoh pantai di negeri ini iaitu Pantai Cherating.
Cantikkan..! Mesti kita rasa nak pergi dan menginap di sini. Cantik kawan- kawan. Tempatnya yang indah dan pantainya yang bersih sungguh senang bila mata memandang. Saya pergi ke pantai ini adalah dua hari tetapi sibuk pergi pusing bandar- bandar berdekatan iaitu Kemaman dan Chukai. Jalan-jalan cari keperluan makanan sambil - sambil cuci- cuci mata tengok barang- barang yang menarik yang boleh dibuat cenderamata hehe... Perempuanlah katakan mestilah minat benda - benda gini...=)
Saya pergi ni adalah pada musim cuti perayaan. Jadi, kebanyakkan hotel- hotel telah penuh. Mujurlah masa jalan- jalan kat sini kami terjumpa Pak Itam Inn. Tempat ni seronok sangat kerana betul-betul berhadapan dengan laut. Jadi tak perlu jalan jauh- jauh untuk pergi ke pantai. Ini adalah contoh- contoh gambar di Pak Itam Inn. Lihat sahajalah gambar ini. Seronok tak kawan- kawan....=)
Macam mana teruja x kawan- kawan, nanti buat plan dengan keluarga betul- betul dan pergilah jalan- jalan ke sana..=) Peta ini akan membantu anda semasa berada di sana.
Kalau kawan-kawan nak pergi ke Pak Itam Inn kawan- kawan hanya perlu menuju ke Hotel The Legend, Cherataing. Chalet ini berada betul- betul disebelah kanan hotel ini. Selamat berjalan dan jumpa lagi...=)

Thursday 16 February 2012

HyperSmash.com

Ronda Pulau Pangkor, Perak!


Hai, buat kali ini Jom Kita Ronda ke Pulau terkenal di Malaysia iaitu Pulau Pangkor. Indah dan mendamaikan jiwa slogan untuk kali ini haha...=p

Siapa pernah datang Pulau Pangkor ni, angkat tangan???!!! hehe..=)

                                                                    Pulau Pangkor, Perak


Ini adalah hentian pertama kita apabila tiba di Pulau Pangkor. Rasa teruja yang tidak terhingga setelah tiba di tempat ini. Haha...! teruja apa tu kan??! Mestilah teruja nak melihat keindahan pantai Pulau Pangkor ni.

Terminal Jeti Lumut  =D


Sebelum kita bertolak ke Pulau Pangkor, kita akan tiba di Terminal Jeti Lumut. Di sini kita perlulah membeli tiket feri untuk ke Pulau Pangkor. Pada kebiasaannya ada pemilik- pemilik motor di Pulau Pangkor yang akan bertanya jika kita mahukan kenderaan semasa di Pulau Pangkor. Sesiapa yang hendak mudah bolehlah mengambil kenderaan pada mereka. Tetapi bagi saya, saya lebih suka dah tiba kat pulau tu baru ambil sebabnya saya dapat lihat jenis motor apakah yang mereka akan bagi saya guna. Memilih juga saya ni yek hehe...=p Ini adalah dua jenis feri yang akan mengangkut penumpang daripada Terminal Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Saya suka naik Mesra Feri sebab dibahagian belakang feri terdapat tempat yang boleh kita keluar dan bersantai sepanjang perjalanan ke pulau.  

                                                                         Duta Feri

                                                                        Mesra Feri

Semasa kita di dalam perjalanan ini kita akan dapat lihat Pangkalan Tentera Laut Lumut. Di sini saya lihat banyak kapal perang dan kemungkinan di sini juga tempat membuat kapal perang Malaysia. Kadang - kadang ada juga pameran di sini cumanya tak pasti bila. Teringin nak naik kapal- kapal ni dan lihat apa yang ada di dalam kapal. Kawan- kawan macam saya juga tak??? =)


Setibanya di Pulau Pangkor kita akan lihat signboard ni dulu! Cantik keadaan Jeti Pangkor ini. Jom kita teruskan perjalanan kita yer... =)


Teksi Pulau Pangkor.. =D

Hentian Teksi Pulau Pangkor. Di sini banyak teksi, so jangan risau untuk kita bergerak. Pemandu - pemandu teksi sentiasa berlegar-legar mencari penumpang di sekitar pulau ini. Pemandu - pemandu ini sangat ramah dan sentiasa memberikan kerjasama kepada anda =) So, jangan risau anda tidak akan tersesatnya..=)


Pantai - Pantai Pulau Pangkor.. =)

Cantiknya melihat prmandangan ini. Airnya yang jernih kebiru- biruan dan pasir pantai yang memutih membuatkan hati tidak sabar - sabar nak terjun haha... Leka saya melihat keindahan pantai ini. Angin yang menderu dan suasana yang menarik menenangkan pemikiran kita. So, kalau sesiapa yang tensen, keletihan dan inginkan keseronokan bolehlah mengunjungi Pulau Pangkor ini...=)





Ini pula permandangan matahari terbenam. Menarik sangat, rugi kalau kita lepaskan peluang melihat keindahan matahari terbenam. Anda pun janganlah pula lepaskan peluang bermandi manda di pantai ni tau! tapi diingatkan supaya berhati- hati semasa mandi. Bagi kanak - kanak silalah ajak orang dewasa menemani anda ye. Bagi mereka yang dewasa pun sama kena berhati- hati dan jangan berani sangat. Lihat orang- orang disekeliling anda semasa mandi kerana takut orang ramai sudah beredar daripada kawasan itu, anda pula masih mandi. Jika orang semakin beredar bermaksud air mungkin telah pasang atau naik. Jadi amat bahaya jika kita tidak perasan tau!. 

                                                        Pemandangan Matahari Terbenam

Aktiviti - aktiviti menarik =D

Hah! Dah sampai kat pulau ni mungkin anda tertanya - tanya apalah yang nak dibuat selain melihat permandangan. "Don't worry and Be happy" , bahasa orang putih kalau yang melayunya " Jangan risau dan Gembiralah" hehe...=) Ada gak terkeluar bahasa enggeris saya yek haha...=D So, apa dia yek??!!

Snorkeling 
Aktiviti ini selalunya menjadi tempat pertama yang akan ditujui oleh para pengunjung. Menariknya di sini ialah kita dapat melihat pelbagai spesis ikan dan tumbuh - tumbuhan laut yang unik dan jarang kita temui.Hidupan laut ini sangat berharga dan kebanyakkannya hampir pupus akibat daripada aktiviti - aktiviti manusia yang mengotorkan laut. Hargailah sementara ia masih wujud yer..=p

                                                             Ikan- ikan Pesisir Laut Dalam

Kayak
Kayak merupakan satu aktiviti yang relaks dan menghiburkan. Pengunjung harus mencuba kerana kita dapat meronda - ronda sekeliling pantai. Kita juga dapat bersenam sambil - sambil mengambil angin pantai yang bertiup- tiup hehe...=) Ada sekali saya menaiki kayak pergi ke pulau kecil iaitu tempat orang- orang snorkeling! Sepanjang perjalanan terasa begitu mencabar kerana banyak bot yang lalu lalang sekitar tempat saya berkayak. Takut kayak saya terbalik jer hehe...=p Nasib tidak berlaku apa- apa. Saya selamat juga balik ke pantai..=)


Banana Boat / Bot Pisang
Aktiviti ini seronok dimainkan bersama keluarga. Kita akan di tarik oleh pemandu bot dan sampai di satu tempat yang sesuai pemandu bot akan memutarkan bot pisang ini sehingga menyebabkan kita jatuh ke laut. Kita tidak perlu risau kerana kita akan dibekalkan dengan jaket keselamatan jadi bagi mereka yang tidak pandai berenang anda pun boleh main. Kena berani sedikitlah ya! =)


Jet Ski
Kalau kita nak ronda jauh lagi di sepanjang pesisir pantai boleh naik jet ski ni. Laju dan boleh pergi jauh. cumanya berhati - hati! jangan laju sangat takut kita tak boleh nak kawal la. Tapi memang menyeronokkan. Saya nak naik lagi jet ski ni. Seronok tau! =)


Sudah habis bermain air di pantai, kita bolehlah singgah di kedai - kedai cenderahati. Belilah apa- apa cenderahati di kedai - kedai ini untuk dibawa pulang sebagai koleksi kita mahu pun dihadiahkan kepada kawan-kawan kita..=) Pelbagai jenis hasil laut seperti cengkerang siput dan kulit-kulit kerang di jadikan kraftangan. Cantik- cantik tau! Pelbagai jenis baju-baju dan pelampung- pelampung turut dijual kepada para pengunjung. 

                                                          Kedai-kedai Cenderahati

Kalau anda memerlukan peta untuk meronda - ronda sekitar Pulau Pangkor, jadi bolehlah menggunakan peta ini sebagai panduan key..=)

                                                                Peta Pulau Pangkor

Hah! macam mana pengalaman saya berkunjung ke Pulau Pangkor. Seronokkan. Anda mesti tertarik dan pasti juga teringin nak pergi seperti saya kan..=) Jadi marilah kita ronda- ronda di sini. Tak perlu pergi ke luar negara dalam Malaysia sendiri kaya dengan tempat - tempat menarik menanti untuk dikunjungi. Semoga anda terhibur ya..=)

Friday 10 February 2012

Ronda Nilai 3, Negeri Sembilan


Hai! Jom Kita Ronda buat pertama kali ini ialah saya meronda ke Nilai 3, Negeri Sembilan. Hah! apa yang menarik di Nilai 3 ni???!! Mesti pak cik- pak cik, mak cik- mak cik dan adik- adik sekalian nak tahu apa yang saya rondakan. So, Jom ikut saya!

Inilah pintu utama ke Nilai 3 Wholesale Centre. tempat ini merupakan tempat membeli belah terkemuka di Malaysia. Pasti ramai yang pernah mendengar nama tempat ini dan tidak kurang juga sahabat- sahabat kita yang telah berkunjung ke tempat ini kan...=).

Di sini kita boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan. Diantara barangan-barangan yang dijual di sini ialah tudung- tudung, kain-kain, kain langsir, perabot- perabot kayu, dan tidak kurang barangan runcit yang dijual dalam kuantiti yang banyak. Puas juga saya sekeluarga membeli belah di sini hehehe!!! Seronok tak terkata, bila dapat membeli barangan. Kami sekeluarga amat jarang dapat bersama- sama membeli- belah. So, peluang kali ini tidak kami lepaskan. Penuhlah bonet kereta selepas membeli belah..=D


Hah! ini tempat kain- kain dan tudung- tudung. Tengok banyakkan pilihan, bermacam- macam corak dan warna boleh kita pilih di sini. Besar tau kedai ni. Kalau datang kedai - kedai menjual tudung, kasut dan baju mesti pening kepala nak pilih. Banyak dan ke semuanya cantik- cantik.
 


Ini pula kedai carpet dan langsir. Menarikkan! Bagi sesiapa yang berminat untuk menambah koleksi kain langsir atau carpet mereka, silalah berkunjung ke nilai 3. Banyak kedai- kedai yang menjual carpet dan langsir. Anda boleh membandingkan harga dan kualiti jika ingin memilih yang benar- benar mengikut citarasa anda.


Nilai Homestay - Muslim Only

Dapur
Ruang Tamu

BilikTidur 2
Bilik Tidur Utama
Meja Makan

Bagi mereka yang dah penat berjalan sehari suntuk dan perlukan tempat penginapan, jangan risau. Homestay Nilai 3, Negeri Sembilan amatlah selesa untuk kita menginap. Homestay ini sangatlah dekat dengan Nilai 3, adalah 5 minit nak pergi Nilai 3. Best tau!!! Lihat sahajalah dalam gambar di atas tidakkah anda teringin untuk menginap di sini??!!. Saya sempat menginap di sini 2 malam kerana mendaftarkan adik belajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang tidak jauh daripada sini. Adalah 15 minit dari homestay ini. Sungguh selesa kerana di sini menyediakan kemudahan seperti berada di rumah. Kalau anda berminat boleh hubungi tuan rumah ini. Dah alang- alang promote, baik bagitahu jer pemilik homestay ini hehehe...=)

Homestay Nilai 3, Negeri Sembilan.
  • Pn Lisa 
  • 019 - 203 9020
  • Sewa : RM 150/ malam
Homestay Nilai 3 ini amatlah strategik kerana sangat berdekatan dengan Highway KL- Seremban. Kalau kita nak pergi Nilai Square / Nilai 1 pun dekat. 20 minit dah boleh sampai kat Nilai Square. Pendek kata senang nak akses ke homestay ini. Tu yang minat sangat nak tolong promote. Kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik homestay amatlah bagus. So, jangan lepaskan peluang menginap kat sini. Bagi anda yang duduk jauh terutamanya luar dari kawasan Negeri Sembilan bolehlah menginap kat sini. Apa- apa pun next time saya akan datang lagi ke Homestay Nilai 3, Negeri Sembilan ini!! =D


Ini adalah peta lokasi Nilai 3, Wholesale Centre. Sahabat- sahabat sekalian jangan lupa ye datang ke Nilai 3 ini. Best tau!!!

Friday 3 February 2012

Hai, Selamat Berkenalan!

Jom Kita Ronda! Ha! Menarik sekali tajuk ni. Tapi! apa yang nak kita nak ronda. Di Malaysia ini kaya dengan pelbagai bangsa, makanan, tempat - tempat menarik dan bermacam- macam lagi. Seronok sekali jika kita dapat berkongsi cerita dan memberi info kepada semua orang yang suka ronda. Di dalam blog ini saya akan berkongsi cerita - cerita menarik yang telah saya temui dan bakal temui. So, jangan lepaskan peluang meronda di blog saya tau! =).Sebelum itu, Selamat berkenalan dan Selamat Datang saya ucapkan kepada semua...=p Hah! Apa lagi, Jom kita mulakan rondaan kita...=)