Wednesday 23 May 2012

Cherating! Kali ini saya nak mengajak kawan- kawan, atok-atok, nenek-nenek dan adik- adik sekalian kita ke Negeri Terengganu yang mana kaya dengan pantainya. Ini adalah salah satu contoh pantai di negeri ini iaitu Pantai Cherating.
Cantikkan..! Mesti kita rasa nak pergi dan menginap di sini. Cantik kawan- kawan. Tempatnya yang indah dan pantainya yang bersih sungguh senang bila mata memandang. Saya pergi ke pantai ini adalah dua hari tetapi sibuk pergi pusing bandar- bandar berdekatan iaitu Kemaman dan Chukai. Jalan-jalan cari keperluan makanan sambil - sambil cuci- cuci mata tengok barang- barang yang menarik yang boleh dibuat cenderamata hehe... Perempuanlah katakan mestilah minat benda - benda gini...=)
Saya pergi ni adalah pada musim cuti perayaan. Jadi, kebanyakkan hotel- hotel telah penuh. Mujurlah masa jalan- jalan kat sini kami terjumpa Pak Itam Inn. Tempat ni seronok sangat kerana betul-betul berhadapan dengan laut. Jadi tak perlu jalan jauh- jauh untuk pergi ke pantai. Ini adalah contoh- contoh gambar di Pak Itam Inn. Lihat sahajalah gambar ini. Seronok tak kawan- kawan....=)
Macam mana teruja x kawan- kawan, nanti buat plan dengan keluarga betul- betul dan pergilah jalan- jalan ke sana..=) Peta ini akan membantu anda semasa berada di sana.
Kalau kawan-kawan nak pergi ke Pak Itam Inn kawan- kawan hanya perlu menuju ke Hotel The Legend, Cherataing. Chalet ini berada betul- betul disebelah kanan hotel ini. Selamat berjalan dan jumpa lagi...=)

No comments:

Post a Comment