Friday 10 February 2012

Ronda Nilai 3, Negeri Sembilan


Hai! Jom Kita Ronda buat pertama kali ini ialah saya meronda ke Nilai 3, Negeri Sembilan. Hah! apa yang menarik di Nilai 3 ni???!! Mesti pak cik- pak cik, mak cik- mak cik dan adik- adik sekalian nak tahu apa yang saya rondakan. So, Jom ikut saya!

Inilah pintu utama ke Nilai 3 Wholesale Centre. tempat ini merupakan tempat membeli belah terkemuka di Malaysia. Pasti ramai yang pernah mendengar nama tempat ini dan tidak kurang juga sahabat- sahabat kita yang telah berkunjung ke tempat ini kan...=).

Di sini kita boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan. Diantara barangan-barangan yang dijual di sini ialah tudung- tudung, kain-kain, kain langsir, perabot- perabot kayu, dan tidak kurang barangan runcit yang dijual dalam kuantiti yang banyak. Puas juga saya sekeluarga membeli belah di sini hehehe!!! Seronok tak terkata, bila dapat membeli barangan. Kami sekeluarga amat jarang dapat bersama- sama membeli- belah. So, peluang kali ini tidak kami lepaskan. Penuhlah bonet kereta selepas membeli belah..=D


Hah! ini tempat kain- kain dan tudung- tudung. Tengok banyakkan pilihan, bermacam- macam corak dan warna boleh kita pilih di sini. Besar tau kedai ni. Kalau datang kedai - kedai menjual tudung, kasut dan baju mesti pening kepala nak pilih. Banyak dan ke semuanya cantik- cantik.
 


Ini pula kedai carpet dan langsir. Menarikkan! Bagi sesiapa yang berminat untuk menambah koleksi kain langsir atau carpet mereka, silalah berkunjung ke nilai 3. Banyak kedai- kedai yang menjual carpet dan langsir. Anda boleh membandingkan harga dan kualiti jika ingin memilih yang benar- benar mengikut citarasa anda.


Nilai Homestay - Muslim Only

Dapur
Ruang Tamu

BilikTidur 2
Bilik Tidur Utama
Meja Makan

Bagi mereka yang dah penat berjalan sehari suntuk dan perlukan tempat penginapan, jangan risau. Homestay Nilai 3, Negeri Sembilan amatlah selesa untuk kita menginap. Homestay ini sangatlah dekat dengan Nilai 3, adalah 5 minit nak pergi Nilai 3. Best tau!!! Lihat sahajalah dalam gambar di atas tidakkah anda teringin untuk menginap di sini??!!. Saya sempat menginap di sini 2 malam kerana mendaftarkan adik belajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang tidak jauh daripada sini. Adalah 15 minit dari homestay ini. Sungguh selesa kerana di sini menyediakan kemudahan seperti berada di rumah. Kalau anda berminat boleh hubungi tuan rumah ini. Dah alang- alang promote, baik bagitahu jer pemilik homestay ini hehehe...=)

Homestay Nilai 3, Negeri Sembilan.
  • Pn Lisa 
  • 019 - 203 9020
  • Sewa : RM 150/ malam
Homestay Nilai 3 ini amatlah strategik kerana sangat berdekatan dengan Highway KL- Seremban. Kalau kita nak pergi Nilai Square / Nilai 1 pun dekat. 20 minit dah boleh sampai kat Nilai Square. Pendek kata senang nak akses ke homestay ini. Tu yang minat sangat nak tolong promote. Kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik homestay amatlah bagus. So, jangan lepaskan peluang menginap kat sini. Bagi anda yang duduk jauh terutamanya luar dari kawasan Negeri Sembilan bolehlah menginap kat sini. Apa- apa pun next time saya akan datang lagi ke Homestay Nilai 3, Negeri Sembilan ini!! =D


Ini adalah peta lokasi Nilai 3, Wholesale Centre. Sahabat- sahabat sekalian jangan lupa ye datang ke Nilai 3 ini. Best tau!!!

No comments:

Post a Comment